" Mutiara kata "



" Assalamu 'alaikum wr wb,saya mau sampaikan sedikit mutiara kata teruntuk sahabat-sahabat semua.marilah kita baca betul-betul,Insya Alloh bermanfaat buat saya sendiri dan para sahabat semua "

=> Tiada keindahan dalam sebuah kehidupan tanpa merasai kepahitan dan tiada bunga-
bunga kebahagiaan dalam sebuah kepahitan tanpa menyemai benih-benih kesabaran serta
tiada keberkatan pada sebuah kenikmatan jika tiada keikhlasan dan kesyukuran yang
bertapak di jiwa insan

=> Tiada pelita di dunia ini yang dapat menerangi kehidupan di dunia dan di akhirat kecuali
pelita hati yang disinari CAHAYA KEIMANAN

=> Jika hidup kamu dalam kekosongan, dampingilah keESAan TUHAN,nescaya kamu akan
beroleh ketenangan jua kedamaian

=> Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu hitam dimalam yang amat
kelam. ianya wujud, tapi amat sukar dilihat.
Jangan tertipu dengan terangnya bulan,
kerana disebalik terang itu banyak kegelapannya............

=> Cintaku kepada Tuhan kerana aku ciptaannya.....cintaku terhadap seseorang itu adalah
perasaan yang diciptakanNya



Category:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...